alhamdulillah...selepas melawat kubu Barlif Noktah Hasinah
kami pergi ke 'Uyun Musa
'Uyun Musa ialah 1 tempat di mana terpancutnya
air mata air dari batu sms Nabi Musa a.s memukul tongkatnya ke batu
terpancarlah 12 mata air
untuk memberi minum kpd 12 suku kaum bani Israel
ttp apa yg menyedihkan
hanya 3 shj telaga yg masih wujud shingga kini
Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".
salah 1 dari telaga nabi Musa
di belakang 'Uyun Musa ada laut merah
tempat di mana Nabi Musa membelah laut dgn tongkatnya
lalu terbelahlah laut membentuk 1 jalan dgn 2 dinding air yg tinggi
maka firaun laknatullah yg mengejar Nabi Musa dan kaumnya
tenggelam di dalam lautan tersebut
act x nampak sgt pun laut tu kat belakang..sbb memang jauh pon..air laut merah dah surut..x macam dulu
kisah terbelah laut ni memang magik
x mampu difikirkan oleh otak yg waras
tp sains telah membuktikan bhw kisah ini benar
di samping telah dinyatakan dalam Al Quran
Dan (kenangkanlah) ketika Kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui (kerana melarikan diri dari angkara Fir`aun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya.


No comments:
Post a Comment