19 Jul 2011

rintihan

Ya Allah,
selama ini kau x pernah berikan ujian yg terlalu hebat buatku..
tetapi kini kau telah tunjukkannye
ujian kau terhadap aku baru ku rasai tahun ini

aku x pernah rasa sesukar ini Ya Allah..
aku merasakan aku x mampu untuk menghadapi semua ini..
namun apakan dayaku
engkau lebih mengetahui segala-galanya..

aku mengetahui bahawa ade hikmah di atas semua ujian engkau 
aku mengetahui engkau mahu aku menjadi kuat
aku mengetahui bahawa engkau tidak akan menguji aku
melainkan ape yang aku mampu..

manisnye apabila aku mampu menahan marahku..
manisnye apabila aku bersabar..
kerana ia adlah mujahadah yg besar buatku..

aku mengetahui Ya Allah.. bahawa segalanya akan berakhir
cuma waktu dan masa shj yg menentukan..
aku terima ujianMu ini..Ya Allah
jika ini lah yg telah kau tetapkan kepadaku..

oleh itu..kau berikan la semangat yg kental kepadaku..
kau kuatkanlah pegangan ku..
supaya aku sentiasa dekat denganMU
supaya aku sentiasa tenang walaupun ujian mendatangiku

kau bantulah hambaMu yg lemah ini..
kau jangan tinggalkan aku sendirian Ya Allah..
kau elakkanlah aku dari melakukan sebarang dosa dan kemaksiatan
kau eratkanlah persahabatan aku

kau tunjukkn dan berikan aku kawan sejati
yg mampu menjadi sahabat dunia dan akhirat
yg mampu membantuku dikala susah dan senang
yg mampu menegur segala salah silapku
supaya aku mencintai mereka sahabatku keranaMu Ya Allah

andai aku berdosa..maafkan aku
maafkanlah dosa sahabat-sahabatku..
sesungguhnya aku mencintai mereka keranaMU Ya Allah
supaya aku mencapai redhaMU di dunia dan akhirat

oleh itu..kau kurniakanlah hidayah dan rahmatMu
supaya kami tidak berhenti dari mencintaimu..
supaya kami kuat menghadapi segala ujian dariMU..

kuatkan aku yg lemah ini Ya Allah..
la tahzan..innaAllah ha ma'ana..=)


No comments:

Post a Comment